My Add

Friday 25 January 2013

Pemimpin nombor dua al-Qaeda Yaman meninggal dunia


SANAA, JUMAAT, 25 Januari, 2013: Pemimpin nombor dua al-Qaeda Yaman yang cedera akibat serangan tentera Amerika Syaikat (AS) di selatan negara itu tahun lalu, dilaporkan meninggal dunia.

Saeed al-Shihri, seorang warga Arab Saudi yang pernah berjuang di Afghanistan dan ditahan selama enam tahun di penjara AS di Teluk Guantanamo Bay, dilaporkan cedera terkena serangan roket di bandar selatan Saada pada 28 Oktober tahun lalu, demikian menurut agensi berita SABA hari ini.

Laporan itu menyebut, sejak itu al-Shihri berada dalam keadaan koma, namun masih tidak jelas bila beliau meninggal dunia.

Pegawai keselamatan Yaman pula berkata, roket berkenaan dilepaskan oleh pesawat kawalan jauh AS.

Yaman sebelum ini mengumumkan kematian al-Shihri pada 10 September tahun lalu selepas serangan di Wilayah Hadramawt.

Bagaimanapun keputusan DNA mengesahkan mayat yang ditemui itu bukannya al-Shihri.

Pada 22 Oktober, al-Shihri menafikan kematiannya menerusi satu mesej suara yang dimuatkan dalam laman web al-Qaeda. - AFP

No comments:

Post a Comment