My Add

Friday 25 January 2013

Perancang serangan Mumbai kena 35 tahun penjara

CHICAGO, JUMAAT, 25 Januari, 2013: Perancang serangan bom di Mumbai, India pada 2008, David Coleman Headley hari ini dijatuhi hukuman penjara 35 tahun.

Headley, 52, yang menukar pengakuan bersalah bagi mengelak dikenakan hukuman mati, adalah perancang bagi militan Pakistan dalam serangan berdarah di Mumbai serta melakukan rancangan menyerang akhbar Denmark kerana menyiarkan kartun mengenai Nabi Muhammad.

“Hukuman yang saya jatuhkan ini dan saya berharap Headley akan terus berada di dalam penjara sehingga akhir hayatnya," kata Hakim Harry Leinenweber.

Beliau berkata adalah mudah untuk menjatuhkan hukuman penjara tetapi apa yang diputuskan hari ini sememangnya wajar dihadapi Headley.

Serangan bom di Mumbai pada November 2008 itu mengorbankan 166 orang dan ratusan lagi cedera.

Ia menyebabkan Mumbai yang menjadi pusat kewangan India lumpuh hampir tiga hari akibat serangan itu. - AFP

No comments:

Post a Comment