My Add

Tuesday 1 January 2013

Pemuda Pas Terengganu mahu kerajaan bertegas

KUALA TERENGGANU, ISNIN, 31 Disember, 2012: Kerajaan perlu membuat pendirian tegas berhubung isu kalimah Allah supaya penggunaannya kekal untuk agama Islam sahaja dan wajib dihormati semua pihak termasuk penganut agama lain.

Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Mohd. Nor Hamzah berkata, kerajaan perlu menggunakan segala kuasa yang ada untuk menangani isu itu daripada terus berpanjangan sehingga menimbulkan kekeliruan terutama dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong berkata, kerajaan menerusi agensi-agensi berkaitan sepatutnya berusaha membawa perkara itu kepada Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan untuk dibincang serta dibuat kajian.

“Sebaik sahaja kajian selesai dibuat, jawatankuasa itu akan membuat keputusan atau mengeluarkan fatwa berkenaan penggunaan kalimah Allah yang akhirnya mesti diperakui dan dihormati semua pihak," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment