GEORGETOWN, SELASA, 08 Januari, 2013: Penerbit majalah pelancongan "InPenang" kesal dengan kenyataan setiausaha akhbar Ketua Menteri, Lim Guan Eng, Cheong Yin Fan kononnya syarikat penerbitan itu menawarkan rasuah untuk mendapatkan dana penerbitan.
Pengasas dan Presiden MarketSource Sdn Bhd, Ch'ng Huck Theng menegaskan ia adalah fitnah dan tuduhan tidak bertanggungjawab.
Katanya, beliau hanya menyedari perkara itu selepas menerima panggilan telefon daripada beberapa pengiklan yang bertanyakan kes rasuah itu selepas membaca artikel Cheong yang juga kolumnis dalam Sin Chew Daily bertajuk "The 28th Floor" pada 5 Januari lalu.
“Artikel itu antara lain mendakwa beliau bertemu dengan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Danny Law Heng Kiang dan menawarkan rasuah untuk DAP jika kerajaan negeri terus menaja penerbitan majalah InPenang,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Ch'ng berkata, Cheong dalam artikel itu mendakwa rundingan tawaran dana itu berlaku selepas pilihan raya umum 2008 dan memetik kenyataan Law sebagai berkata: "Jika kamu memberi saya RM25,000 untuk setiap isu (majalah), dan kalau DAP memerlukan dana, saya akan menyalurkan semula dana itu kepada kamu."
Katanya, beliau pernah berjumpa Law dan meminta dana RM25,000 untuk InPenang supaya promosi pelancongan untuk Pulau Pinang dapat diteruskan tetapi tidak sekali-kali terbabit dalam amalan rasuah seperti yang didakwa.
InPenang adalah majalah pelancongan dan sosial mengenai Pulau Pinang yang diedarkan secara percuma untuk pelancong asing dan penduduk tempatan.
"Majalah InPenang telah dicadangkan saya kepada kerajaan terdahulu, Barisan Nasional (BN) kerana merasakan Pulau Pinang harus mempunyai majalah percuma seperti InPenang kerana ia dikenali sebagai destinasi pelancongan yang terkenal," kata Ch'ng.
Katanya, cadangan itu diterima dengan syarat majalah berkenaan tidak digunakan sebagai landasan untuk berpolitik dan hanya memberi faedah kepada industri pelancongan serta industri yang berkaitan.
Ch'ng berkata, ketika pemerintahan BN, syarikatnya diberi pembiayaan untuk penerbitan majalah InPenang tanpa mengawal arah tuju dan konteks majalah berkenaan.
Beliau mendakwa selepas pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan negeri, peruntukan untuk penerbitan majalah itu secara beransur-ansur ditarik dan tidak lagi mendapat sokongan kerajaan negeri.
"Sehingga kini, InPenang tidak menerima apa-apa dana daripada Unit Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan Negeri. Dana yang diterima adalah dari Penang Global Tourism untuk InPenang edisi antarabangsa berjumlah RM9,000," katanya.
Beliau mahu Cheong dan Law memberikan penjelasan mengenai dakwaan mereka dan beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment