My Add

Saturday 19 January 2013

Pengundi muda diingat pertimbang tiga aspek

 KUALA LUMPUR, SABTU, 19 Januari, 2013: Pengundi muda diingat supaya membuat pertimbangan sewajarnya berdasarkan tiga aspek penting iaitu rekod prestasi, asas perjuangan dan pemimpin yang baik dalam memilih kerajaan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, rekod prestasi kerajaan yang telah berjaya menyatupadukan masyarakat berbilang bangsa, agama, pemikiran dan budaya adalah aspek paling penting.

Tegas beliau, di Iraq dan Afganistan merupakan contoh dimana berlaku keadaan tidak aman walaupun tidak mempunyai pelbagai kaum dan agama seperti di Malaysia.

"Jika bas saja bagus tetapi pemandu cuai tidak boleh diharap, banyak saman dan selalu kemalangan sudah pasti ia tidak baik untuk penumpang.

"Sebab itu, golongan muda perlu memilih pemimpin serta kerajaan yang benar-benar terbukti memiliki rekod baik dan jangan sesekali memperjudikan masa hadapan mereka hanya kerana melakukan perubahan tanpa membuat pertimbangan sewajarnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Malaysia (MBM) Kali Ke-61 di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment