My Add

Sunday 27 January 2013

Perancis tawan sebuah lagi pekan di Mali

 
*TENTERA Perancis bersiap sedia untuk berlepas dari pangkalan tentera di Mopti bagi menyertai kempen ketenteraan di Mali, kelmarin. - AFP

BAMAKO, SABTU, 26 Januari, 2013: Tentera Perancis dan Mali berjaya menawan sebuah lagi pekan dalam kemaraan mereka menuju ke kubu kuat militan Islam di Gao, ketika kumpulan militan mengebom jambatan utama bagi menghalang kemaraan tentera kerajaan dari bahagian timur.

Ketika operasi ketenteraan menentang kumpulan militan yang menguasai utara Mali itu masuk minggu ketiga, pekerja bantuan memberi amaran tentang peningkatan krisis makanan yang dihadapi penduduk awam.

“Ketika ini, tentera Perancis dan Mali sudah berada di Hombori," kata seorang guru di pekan yang terletak 920 kilometer ke utara Bamako, ibu negara Mali atau 200 kilometer ke barat Gao.

Menurutnya, anggota militan tidak lagi kelihatan di pekan tersebut.

Satu sumber keselamatan Mali berkata, tentera akan menuju ke Gao, satu daripada tiga bandar utama di utara negara ini, selain Kidal dan Timbuktu yang ditawan kumpulan militan al-Qaeda pada April lalu.

Menurut sumber itu, tentera Perancis yang bergerak dari barat selepas menawan pekan Diabaly pada Isnin lalu dan kini sedang mara ke pekan Lere dalam usaha menawan bandar Timbuktu.

Satu kenyataan daripada kumpulan bantuan Perancis, Tindakan Menentang Kelaparan (ACF) meningkatkan kebimbangan berhubung serangan darat dari Niger yang akan menyekat satu-satunya laluan bekalan makanan asas kepada penduduk di wilayah itu. - AFP

No comments:

Post a Comment