My Add

Wednesday 23 January 2013

Perhimpunan aman bantah Majlis Peguam

KUALA LUMPUR, RABU, 23 Januari, 2013: Sekumpulan kira-kira 100 orang yang membawa sepanduk tertera 'Bubar Majlis Peguam' dan 'Bersihkan Majlis Peguam' berhimpun di tempat letak kereta Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini hari ini.

Mereka datang menaiki tiga buah bas berhimpun secara aman. Bagaimanapun peguam, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz menafikan mereka yang berhimpun itu penyokongnya.

Hari ini, permohonan Mohd. Khairul bagi mendapatkan perintah perisytiharan bahawa mesyuarat agung luar biasa (EGM) Majlis Peguam pada 11 Mei tahun lalu berkaitan dengan perhimpunan Bersih 3.0 sebagai tidak sah akan didengar di hadapan hakim Datuk John Louis o'Hara.

Mohd. Khairul dalam permohonannya menyatakan, antara lainnya EGM tidak sah kerana notis yang dikeluarkan kepada ahlinya ditulis dalam bahasa Inggeris. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment