My Add

Wednesday 23 January 2013

Pertubuhan etnik Myanmar setuju berunding dengan kerajaan

YANGON, RABU, 23 Januari, 2013: Sebuah pertubuhan kumpulan etnik Myanmar semalam bersetuju untuk mengadakan perbincangan dengan kerajaan Myanmar bagi menamatkan konflik di negeri bergolak, Kachin.

Jurucakap Majlis Persekutuan Kerakyatan Bersatu (UNFC) yang dibentuk daripada 12 kumpulan etnik, Khun Okker berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan wakil perunding keamanan kerajaan pada pertengahan bulan depan.

“Pertemuan tersebut akan membincangkan isu di Kachin kerana situasi di negeri itu semakin membimbangkan.

“Perbincangan kali pertama mungkin akan diadakan di Thailand," katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment