My Add

Wednesday, 2 January 2013

Perlekeh Zainon: Hadi angkuh, tinggi diri

KUALA LUMPUR, SELASA, 01 Januari, 2013: Tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memperlekehkan taraf pendidikan bekas ahli Pas seumur hidup, Zainon Ismail memperlihatkan sikap angkuh dan tinggi diri beliau sebagai pemimpin.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd. Rahman berkata, selaku seorang pemimpin parti Islam atau dianggap ulama, Ahli Parlimen Marang itu tidak sepatutnya cepat melenting dengan teguran atau pandangan ahli dan golongan bawahan.

"Tindakan Abdul Hadi ini hanya memakan diri dengan memperlihatkan keangkuhan dan tinggi diri beliau selaku ulama.

"Beliau perlu menilai secara rasional teguran yang diberi dan bukannya melenting dengan mengeluarkan kenyataan memperlekehkan orang lain," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Hadi baru-baru ini memperlekehkan Zainon atau lebih dikenali sebagai C.N. Al-Afghani hanya kerana beliau seorang guru sekolah rendah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment