My Add

Wednesday 2 January 2013

Karpal perlu tunjuk integriti tinggi

KUALA LUMPUR, SELASA, 01 Januari, 2013: Pengerusi DAP, Karpal Singh perlu menunjukkan beliau seorang Ahli Parlimen dan pengamal undang-undang yang mempunyai integriti tinggi dengan tampil sebagai saksi mendedahkan perkara sebenar berkaitan perilaku sosial Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Pemangku Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak, Faizal Effendi Hasim berkata, dakwaan Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu bahawa beliau mempunyai bukti kukuh berhubung kegiatan liwat Ketua Pembangkang berkenaan adalah sesuatu yang serius.

"Sehingga hari ini, Karpal masih enggan menarik balik kenyataan tersebut daripada hansard Parlimen justeru, dia perlu menjelaskan bukti kukuh itu di mahkamah nanti," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, pemimpin Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, Karpal perlu dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan kes saman fitnah Anwar terhadap Datuk S. Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Bhd. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment