My Add

Saturday 12 January 2013

Peserta Himpunan Shamsidar diminta beredar dari stadium

KUALA LUMPUR, SABTU, 12 Januari, 2013: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyeru semua peserta Himpunan Shamsidar beredar dari Stadium Merdeka dan kawasan sekitarnya selepas perhimpunan tersebut berakhir kira-kira pukul 5 petang ini.

Mereka diminta mematuhi arahan pihak berkuasa demi keselamatan dan ketenteraman awam, kata kenyataan PDRM menerusi laman sosial Facebooknya.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati para peserta perhimpunan bersurai dan mula meninggalkan Stadium Merdeka kira-kira pukul 4 petang ini.

Polis mengesahkan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku dan tiada sebarang tangkapan dibuat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment