My Add

Monday 21 January 2013

PM ajak generasi muda sertai program sukarela 1M4U

KUALA LUMPUR, ISNIN, 21 Januari, 2013: Datuk Seri Najib Razak mengajak generasi muda yang berminat menyertai aktiviti kesukarelawan boleh berbuat demikian melalui program 1Malaysia For Youth (1M4U).

Perdana Menteri berkata, melalui program itu, generasi muda boleh bersama-sama melakukan aktiviti sukarela bersama duta 1Malaysia negara daripada kalangan pelakon, aktivis mahupun pemenang pingat di temasya Olimpik.

Dalam tweet terbaru beliau hari ini, Najib turut menyertakan alamat laman sesawang program itu iaitu 1m4youth.com.my untuk dilayari bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Program kesukarelawan 1M4U dilancarkan pada 15 Julai lalu yang bermatlamat antaranya, menyemai semangat untuk melakukan aktiviti sukarela di kalangan 12.5 juta belia Malaysia. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment