My Add

Tuesday 15 January 2013

PM terima ijazah doktor kehormat Universiti Ohio

Oleh ABDUL YAZID ALIAD

 *SHAH ALAM 15 Jan. - NAJIB Tun Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bergambar bersama Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Paul W Jones (dua kanan) dan bekas Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Surin Pitsuwan (kanan). Beliau menerima Ijazah Doktor Kehormat "Humane Letters" Universiti Ohio dan Syarahan Tun Razak ini adalah untuk mengiktiraf pencapaiannya dalam bidang pendemokrasian pendidikan dan perpaduan. - BERNAMA

SHAH ALAM, SELASA, 15 Januari, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dianugerahkan ‘Honorary Degree Doctor of Humane Letters’ daripada Universiti Ohio di sini hari ini.

Anugerah tersebut disampaikan sempena majlis Syarahan Perdana Tun Abdul Razak Ke-9 yang turut mendapat kerjasama daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Penganugerahan tersebut diberikan atas pengiktirafan pencapaian Najib dalam bidang pendemokrasian pendidikan dan perpaduan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment