My Add

Saturday 19 January 2013

PMBPP buat laporan polis

Oleh AZHARI ZAINOODDIN 

*MUHAMAD Fazmin (kiri) dan Salleh Ismail (tengah) menunjukkan kitab Bible yang diedarkan kepada pelajar beragama Islam serta gambar di Jelutong, Pulau Pinang, semalam.

PULAU PINANG, JUMAAT, 18 Januari, 2013: Kira-kira 10 orang wakil ahli Persatuan Muka Buku Pulau Pinang (PMBPP) membuat laporan polis malam tadi berhubung satu gerakan yang dikesan mengedarkan kitab Bible versi bahasa Melayu kepada pelajar sekolah termasuk pelajar beragama Islam.

Pengerusinya, Salleh Ismail berkata, pihaknya mahu satu siasatan lengkap dibuat terhadap gerakan itu yang dilihat sengaja mahu menimbulkan ketegangan agama di antara rakyat berbilang kaum di negara ini.

Tegasnya, tidak sepatutnya kegiatan berkenaan dilakukan terutamanya di hadapan sekolah dan melibatkan pelajar beragama Islam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment