My Add

Thursday 24 January 2013

Polis berkas tiga suspek terbabit edar dadah, wang palsu dan samun

TEMERLOH, RABU, RABU, 23 Januari, 2013: Polis memberkas tiga suspek termasuk seorang wanita dipercayai terbabit dalam kegiatan samun dan pengedaran dadah serta wang palsu dalam serbuan di sebuah hotel di sini.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Pemangku Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, berkata dalam serbuan 12.15 tengah hari Ahad lalu itu, polis turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM30,000, tujuh senjata tajam dan 38 keping wang palsu RM100.

"Senjata tajam yang ditemui itu dua bilah kerambit, sebilah pedang samurai, dua parang, pisau pemotong daging dan satu kapak kecil yang dipercayai diguna untuk menyamun," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Menurut Abdul Aziz semua suspek yang berusia antara 32 dan 47 tahun itu positif dadah sementara dua suspek lelaki turut mempunyai tiga rekod lampau membabitkan dadah, lari dari tahanan dan pergaduhan.

“Mereka kini direman sehingga 26 Januari untuk siasatan lanjut,” katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment