My Add

Monday 28 January 2013

Polis cadang inkues di mahkamah

Oleh HELMI MOHD. FOAD

SHAH ALAM, AHAD, 27 Januari, 2013: Polis Selangor mencadangkan satu inkues di mahkamah terbuka diadakan bagi mengenal pasti punca kematian C. Sugumaran selepas dia ditahan dan digari polis kerana mengamuk serta mengancam keselamatan awam di Taman Desa Raya, Batu 12, Hulu Langat dekat sini pada Rabu lalu.

Untuk itu, Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk A. Thaiveegan berkata, pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes tersebut sebelum dihantar kepada pendakwa raya pada Selasa ini.

"Saya merayu jika ada saksi yang tahu dapat tampil seberapa segera memberi keterangan kepada kami.

"Ini dapat membantu melengkapkan siasatan sebelum kertas siasatan dikemukakan kepada pendakwa raya," katanya kepada pemberita di Pusat Media Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment