My Add

Friday 11 January 2013

Polis kenal pasti lokasi dua suspek: Ketua Polis Pulau Pinang
 
TASEK GELUGOR, JUMAAT, 11 Januari, 2013: Polis percaya dapat menahan dua daripada lima tahanan yang masih bebas berdasarkan petunjuk baru.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya sudah mengenal pasti lokasi suspek susulan maklumat mereka dilihat meminta bantuan makanan, rokok dan duit orang kampung sekitar Tasek Gelugor kira-kira jam 6.40 pagi ini.

BH hari ini melaporkan dua daripada tujuh tahanan reman yang meloloskan diri Isnin lalu mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis, semalam.

Mohd Fairuz Adam, 31 atau Joe Mafia dan Mohd Noor Mohd Mustaffa, 28 atau Boy mati ditembak dalam kejadian kira-kira jam 1 petang selepas enggan menyerah diri walaupun kereta dinaiki mereka yang dikejar polis terbabas ke dalam tali air di Kampung Padang Ibu, Bukit Mertajam. - BH

No comments:

Post a Comment