My Add

Sunday 27 January 2013

Polis serah kertas siasatan berhubung kereta JPJ diterbalik dan dibakar

IPOH, AHAD, 27 Januari, 2013: Polis sudah menyerahkan dua kertas siasatan berhubung kes kemalangan 10 kenderaan dan perbuatan jenayah menterbalik dan cuba membakar sebuah kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Sitiawan, baru-baru ini kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata satu kertas siasatan membabitkan siasatan kejadian kemalangan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 manakala satu lagi mengikut Kanun Keseksaan kerana perbuatan jenayah ke atas kenderaan JPJ berkenaan.

Katanya, polis kini menunggu arahan lanjut pihak Timbalan Pendakwa Raya berhubung kedua-dua kertas siasatan itu.

"Dalam siasatan mengikut Kanun Keseksaan, kita sebelum ini menahan enam individu tetapi kesemua mereka kini dibebaskan dengan jaminan polis.

"Sebelum ini juga tiga pegawai JPJ dipanggil memberi keterangan," katanya pada sidang media IPK Perak, di sini, sebentar tadi. - BH

No comments:

Post a Comment