My Add

Saturday 12 January 2013

Polis tahan lelaki dipercayai rakan tahanan lolos di Tasek Gelugor

TASEK GELUGOR, JUMAAT, 11 Januari, 2013: Polis Pulau Pinang menahan seorang lelaki dipercayai rakan kepada tahanan yang masih bebas di perkarangan Masjid Al-Falah, Pengkalan Tambang, Permatang Pasir kira-kira jam 10 malam tadi.

Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar sebentar tadi.

Beliau berkata, lelaki berusia 25 tahun yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi itu kini ditahan di Balai Polis sementara Tasek Gelugor untuk siasatan lanjut.

Turut dipercayai, masjid berkenaan dijadikan lokasi untuk lelaki berkenaan bertemu suspek.

Berikutan itu, polis melancarkan gerakan mencari suspek di sekitar kawasan berkenaan dengan bantuan unit anjing pengesan (K9). - BH

No comments:

Post a Comment