My Add

Wednesday 9 January 2013

Polis tubuh pasukan khas

Oleh AZHARI ZAINOODDIN


*ABDUL Rahim Hanafi membetulkan tali leher Lim Wai Loon semasa lawatan ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Li Tek A di Lebuh Macallum, Pulau Georgetown, semalam.
 


PULAU PINANG, SELASA, 08 Januari, 2013: Polis menubuhkan satu pasukan khas dianggotai seramai 220 pegawai dan anggota bagi memburu tujuh orang kena tuduh (OKT) yang meloloskan diri ketika dalam perjalanan ke mahkamah di Butterworth semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pasukan berkenaan yang turut dibantu Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) diketuai oleh timbalannya, Datuk Abdul Rahim Jaafar.

Sehingga pukul 9 malam ini, kesemua tujuh OKT terbabit belum diberkas namun Abdul Rahim memberitahu operasi memburu mereka diperluaskan ke sempadan negeri Pulau Pinang/Kedah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment