My Add

Wednesday 9 January 2013

Pusat pengajian pertahanan siap pertengahan 2015

KUALA LUMPUR, SELASA, 08 Januari, 2013: Projek pembangunan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) di Putrajaya dijangka siap selewat-lewatnya pertengahan 2015.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kelewatan pembinaan Puspahanas adalah berpunca daripada masalah pertukaran tanah dan bukan seperti yang didakwa sesetengah pihak.

"Kami sedang memantau perkembangan Puspahanas dan sedia maklum kelewatan pembinaannya adalah berpunca akibat pertukaran tanah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan hormat Duta Besar Iran ke Malaysia, Mohammad Jalal Firouznia di Wisma Pertahanan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment