My Add

Saturday 5 January 2013

Rakyat Selangor terus jadi mangsa

Oleh ABDUL YAZID ALIAS

TANJONG KARANG, JUMAAT, 04 Januari, 2013: Barisan Nasional (BN) mengecam pentadbiran pakatan pembangkang di Selangor kerana dilihat gagal melaksanakan pentadbiran yang baik selain berterusan menyusahkan rakyat di negeri ini.

Terbaharu, BN negeri menerima aduan daripada 193 orang penduduk Kampung Seri Tiram Jaya, di sini yang mendakwa telah dianiaya oleh kerajaan negeri dalam soal pemberian geran tanah.

Timbalan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, kesemua mereka yang terlibat itu merupakan penerima tanah daripada kerajaan negeri yang mana permohonan mereka telah diluluskan ketika pentadbiran Selangor di bawah BN sebelum ini melibatkan keluasan keseluruhan kira-kira 80.9 hektar.

Katanya, tanah berstatus pertanian itu sebelum ini dipohon oleh penduduk kampung terbabit untuk menjalankan aktiviti penanaman kelapa sawit. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment