My Add

Tuesday 8 January 2013

Rogol: 5 dihadap ke mahkamah

NEW DELHI , isnin, 07 Januari, 2013: Lima lelaki yang dituduh merogol dan membunuh seorang pelajar perubatan wanita berumur 23 tahun yang mencetuskan bantahan di negara ini, dihadapkan di mahkamah hari ini, dengan majistret mengarahkan proses pendakwaan terhadap mereka dijalankan secara tertutup.

Kelima-lima suspek berumur 19 dan 35 tahun itu buat pertama kalinya hadir di Mahkamah Daerah Saket untuk mendengar pertuduhan ke atas mereka.

Majistret Namrita Aggarwal berkata, mahkamah menjadi terlalu sesak.

''Sukar untuk mahkamah ini menjalankan prosiding terhadap kes ini,'' katanya.

Sekumpulan peguam dari Kompleks Mahkamah Saket mengutuk peguam yang tampil membela tertuduh, keadaan yang melambatkan prosiding di mahkamah tersebut sebelum tengah hari.

Kira-kira 150 orang termasuk berpuluh-puluh peguam yang tidak mempunyai kaitan dengan kes itu serta wartawan tempatan dan asing, bersesak-sesak dalam bilik mahkamah kecil yang hanya mampu menempatkan 30 kerusi. - AGENSI

No comments:

Post a Comment