My Add

Sunday 13 January 2013

Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia ditentukan bank

 *AHMAD Husni Hanadzlah (tengah) serta Idris Haron (berdiri, kiri), Kamarul Rashdan Salleh dan Nadzri Ismail bergambar sambil menunjukkan isyarat 1Malaysia bersama penduduk sekitar Parlimen Tambun yang hadir pada Majlis Ramah Mesra Rakyat Bersama SPNB di Ipoh, semalam. - MINGGUAN/ZULKARNAIN MOHD. SAIDIN

IPOH, SABTU, 12 Januari, 2013: Bermula tahun ini, semua kelayakan permohonan untuk memiliki Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) akan ditentukan melalui empat panel bank yang dipilih Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Pengerusi SPNB, Datuk Ir. Idris Haron berkata, proses terbaru itu bakal menyaksikan hanya individu yang memiliki sejarah pengurusan kewangan bersih layak memohon program tersebut dan tertakluk kepada polisi Bank Negara Malaysia (BNM).

Beliau berkata, empat bank berkenaan yang telah menyatakan persetujuan untuk bekerjasama dengan SPNB ialah CIMB Bank, Maybank, Bank Islam dan Bank Rakyat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment