My Add

Sunday 13 January 2013

70 model ditawarkan

Oleh HISYAMUDDIN AYUB

KUALA PENYU, SABTU, 12 Januari, 2013: Bagi memberi lebih banyak pilihan kepada golongan belia memiliki telefon bimbit pintar menerusi pemberian rebat yang diperkenalkan oleh kerajaan, lebih 70 jenis model telefon itu akan ditawarkan kepada mereka dalam masa terdekat.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, jumlah tersebut dipertingkatkan daripada 50 jenis kepada 70 jenis telefon bagi memberi peluang kepada belia membuat pilihan mengikut kemampuan serta pilihan hati.

Katanya, senarai nama dan jenis telefon tersebut akan dipaparkan dalam laman sesawang Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dalam masa terdekat.

"Selain tidak lagi dihadkan harga telefon untuk golongan belia mendapatkan rebat, sebanyak 70 jenis model telefon disediakan bagi memberi peluang kepada belia menikmati kemudahan yang disediakan oleh kerajaan itu," katanya ketika berucap merasmikan Program Klik Dengan Bijak di sini hari ini.  - UTUSAN

No comments:

Post a Comment