My Add

Sunday 20 January 2013

Seminar Islam Nusantara: Tujuh resolusi dilulus

SEBAHAGIAN peserta yang mengikuti Seminar Nusantara - Islam di Asia Tenggara: Cabaran dan Harapan di PWTC, Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/ABDUL RAZAK LATIF

Oleh SITI MAISARAH
SHEIKH ABD. RAHIM

KUALA LUMPUR, AHAD, 20 Januari, 2013: Seminar Nusantara - Islam di Asia Tenggara: Cabaran dan Harapan yang berakhir hari ini mencapai tujuh resolusi untuk tindakan pemimpin-pemimpin umat Islam Nusantara dan Masyarakat Melayu Islam Keseluruhannya.

Antara tindakan segera resolusi itu, sebuah Sekretariat Kerjasama Nusantara (Sutera) akan diwujudkan sebagai pusat sehenti bagi menyelesaikan pelbagai isu yang memerlukan penyelesaian strategik meliputi komuniti umat Islam di rantau itu.

Resolusi itu diserahkan oleh Pengerusi Persatuan Generasi Bestari, Mohd. Yusof Din kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan pada majlis penutup seminar itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment