My Add

Sunday 20 January 2013

Tebusan di Algeria: Malaysia dapat kerjasama tiga agensi perisikan

 *HISHAMMUDDIN Tun Hussein membuat rondaan bersama Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di sekitar kawasan Pandan Indah, Ampang dekat Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/MOHD. NAJIB MOHD. NOR

KUALA LUMPUR, AHAD, 20 Januari, 2013: Malaysia mendapat kerjasama daripada tiga agensi perisikan dari Amerika Syarikat (AS), Britain dan Mesir untuk mengetahui keadaan dua lagi rakyat negara ini, dalam insiden tebusan di timur Algeria, Rabu lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerjasama itu membabitkan Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat, MI-6 Britain dan agensi perisikan Mesir.

"Saya memantau secara dekat. Kita ada rangkaian dengan agensi risik tak semestinya di Algeria, tapi berdekatan. Saya tak nafikan laporan yang datang itu tak begitu jelas bergantung sumber maklumat yang kita terima," katanya ketika ditemui pemberita selepas program Rondaan bersama Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di kawasan Ampang di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment