My Add

Wednesday 23 January 2013

Semua program KPT tiada unsur "brainwash" pelajar: Khaled Nordin

PUTRAJAYA,, SELASA, 22 Januari, 2013:: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan semua program anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tiada mempunyai unsur 'brainwash' atau cuba pengaruhi minda pelajar.

Sambil menyangkal dakwaan KPT menganjurkan program bagi tujuan mempengaruhi minda pelajar, beliau berkata, tuduhan itu tidak berasas kerana falsafah, visi dan misi kementerian ialah melahirkan pelajar universiti berfikiran kreatif dan inovasi dan berkeperibadian dinamik.

"Kita (kerajaan) tidak ada apa-apa niat atau tindakan untuk lakukan proses 'brainwashing' di kalangan pelajar universiti kita... saya nak jelaskan, tak ada proses brainwashing... itu salah, ia satu tuduhan yang langsung tak munasabah," katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Universiti Utara Malaysia (UUM), Unitama Management Holdings Sdn Bhd (UMHSB) dan Embun Temasek Sdn Bhd (ETSB) bagi membangunkan asrama penginapan pelajar antarabangsa dan pasca siswazah UUM di Sintok, Kedah, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas insiden pertikaman lidah antara Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia(SW1M) Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dengan pelajar undang-undang UUM KS Bawani yang kini menjadi isu hangat dalam media sosial.

Klip video forum bertajuk "Seiringkan Mahasiswa dan Politik' pada 8 Disember di sebuah universiti tempatan itu dimuat naik ke YouTube, 9 Januari lalu.

Mohamed Khaled menjelaskan forum itu anjuran pelajar universiti itu dan tiada kaitan dengan KPT mahupun kerajaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment