My Add

Saturday 5 January 2013

Seorang anggota polis maut kemalangan dengan lori dekat Behrang

BEHRANG, SABTU, 05 Januari, 2013: Seorang anggota polis terbunuh manakala tiga yang lain termasuk dua pegawai pasukan keselamatan itu cedera selepas kereta Proton Waja yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 112, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, berhampiran Kampung Klant Halt, dekat sini, malam tadi.

Kemalangan kira-kira jam 8.15 malam itu berlaku ketika hujan lebat dan kesemua mereka dari Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak dalam penugasan sempena lawatan sehari Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Tanjung Malim, hari ini.

Mangsa yang maut di tempat kejadian ialah Lans Koperal Zamri Hashim.

Manakala, mangsa yang mengalami cedera parah ialah Koperal Khairul Anuar Napi.

Dua pegawai polis yang mengalami cedera ringan adalah Pemangku Asisten Superintendan Mahazir Ahmad dan Inspektor Mohd Khairul Azhar Abdul Halim cedera ringan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan mengesahkan kejadian itu.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meluangkan masa melawat mangsa di Hospital Slim River tengah malam tadi. - BH

No comments:

Post a Comment