My Add

Saturday 5 January 2013

Geng Fly by night tumpas

IPOH, JUMAAT, JUMAAT, 04 Januari, 2013: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan perniagaan dikenali sebagai Fly by night yang mengakibatkan kerugian berjumlah RM155,000, ekoran penahanan empat lelaki dan seorang wanita warga Thailand di Pulau Pinang dan Perak.

Dalam tangkapan secara berasingan sejak 20 Disember lalu itu, kesemua suspek yang ditahan berusia 43 hingga 54 tahun.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, sindiket yang menggunakan penagih dadah sebagai proksi itu menjalankan 'perniagaan' membeli barangan runcit, baja pertanian dan alatan pejabat daripada mana-mana syarikat secara pukal dengan pembayaran menggunakan cek tertunggak.

Beliau berkata, syarikat itu bagaimanapun hanya menyedari penipuan tersebut selepas cek yang dikeluarkan sindiket tidak dapat ditunaikan kerana akaunnya telah ditutup. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment