My Add

Wednesday 23 January 2013

'Setiausaha Agung DAP batu api' - Soi lek

KUALA LUMPUR, SELASA, 22 Januari, 2013: Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek (gambar) menyifatkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai 'batu api' ekoran tindakan menimbulkan kembali isu kalimah Allah, tetapi kemudian menyepi setelah wujud keadaan tegang dalam kalangan masyarakat.

Kata Soi Lek, Guan Eng cuba mendapat sokongan sesetengah masyarakat berhubung isu itu dan apabila keadaan menjadi tegang, pemimpin DAP berkenaan berharap beliau akan muncul juara dalam hal tersebut.

"Jadi, tidak salah kalau kita katakan dalam kerjasama DAP dan Pas, DAP sekadar beri kekuatan kepada Pas tetapi yang 'taiko' adalah Pas, bukan DAP.

"Kepada kaum Cina, DAP nak tonjol diri sebagai maharaja tapi depan Pas mereka (DAP) tidak berani, mereka adalah political eunuch dan DAP hanya peralat kalimah Allah demi kepentingan politik mereka," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden MCA, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment