My Add

Wednesday 23 January 2013

Guan Eng terus 'mengelak' bersemuka media

PULAU PINANG, SELASA, 22 Januari, 2013: Ketua Menteri, Lim Guan Eng kini mengambil pendekatan 'mengelak' untuk menjawab sebarang soalan daripada media atas alasan pilihan raya umum semakin hampir.

Pendirian terbaharu itu ketara sejak minggu lalu, apabila beliau sering kali mengelak untuk menjawab soalan daripada pemberita khususnya isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Hari ini perkara serupa berulang apabila Setiausaha Agung DAP itu enggan mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengenai Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mahu memanggil dua ahli DAP yang mengemukakan aduan berhubung kontroversi pemilihan parti itu baru-baru ini.

"Saya kena berhati-hati kerana ada pihak yang cari peluang untuk belasah saya.

"Pendirian ini bukan untuk Utusan Malaysia sahaja kerana The Star juga boleh buat begitu kepada saya seperti laporan muka depan mereka hari ini," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini. - UTUSAN d

No comments:

Post a Comment