My Add

Wednesday 9 January 2013

Setuju Allah diguna bukan Islam

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD

KUALA LUMPUR, SELASA, 08 Januari, 2013: Beberapa portal berita hari ini melaporkan majlis pimpinan pakatan pembangkang memutuskan kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut semua agama dengan syarat tidak disalahgunakan.

Keputusan tersebut diumumkan selepas mesyuarat pemimpin tertinggi pakatan pembangkang yang dihadiri Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Antara portal yang melaporkan berita tersebut ialah Agendadaily.com; malaysiandigest.com dan portal berita propembangkang, malaysiakini.com.

Menurut Agendadaily.com dalam sidang akhbarnya selepas itu, Abdul Hadi berkata, Pas berpendirian kalimah Allah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment