My Add

Wednesday 9 January 2013

Tanggungjawab Hadi jika bukan Islam guna kalimah Allah

PULAU PINANG, SELASA, 08 Januari, 2013: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu bertanggungjawab jika ada mana-mana pihak terutama orang bukan Islam dengan sengaja menyalahguna kalimah Allah pada masa depan.

Penyelaras Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, perkara seumpama itu tidak mustahil berlaku berikutan kenyataan Abdul Hadi yang tiada halangan jika penganut agama lain mahu menggunakan kalimah Allah dalam amalan mereka.

Beliau diminta mengulas kenyataan Abdul Hadi bahawa Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah Allah dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment