My Add

Monday 7 January 2013

Silap kira undi: Guan Eng harus pikul tanggungjawab, letak jawatan

KUALA LUMPUR, AHAD, 06 Januari, 2013: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng perlu memikul tanggungjawab dengan melepaskan jawatannya, bukan terus menjadikan orang lain sebagai 'kambing hitam' ekoran kesilapan dalam pengiraan undi pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) baru-baru ini.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, sebagai seorang yang sentiasa bercakap tentang integriti dan ketelusan, Guan Eng harus berani memikul beban tersebut.

Menurutnya, jawapan bersahaja Ketua Menteri Pulau Pinang itu tempoh hari bahawa beliau tidak pasti bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Jika benar beliau seorang pemimpin yang baik dan mempunyai moral yang tinggi, beliau sendiri harus meletak jawatan dalam DAP, katanya. .- UTUSAN

No comments:

Post a Comment