My Add

Saturday 19 January 2013

Sindiket 'Macau Scam' tumpas, 12 suspek ditahan

 *CHONG Mun Phing (kiri) bersama pegawainya menunjukkan barangan yang dirampas dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM, JUMAAT, 18 Januari, 2013: Polis menumpaskan sindiket penipuan antarabangsa selepas menahan 12 individu warga China dan Taiwan di sebuah banglo tiga tingkat di Taman Ampang Utama dekat sini pada Selasa lalu.

Mereka yang ditahan terdiri daripada empat lelaki dan lima wanita warga China serta dua lelaki dan seorang wanita Taiwan berusia antara 19 hingga 26 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, Asisten Komisioner Chong Mun Phing berkata, suspek dipercayai terlibat dengan kegiatan penipuan yang dikenali sebagai 'Macau Scam'.

Beliau berkata, sindiket itu menggunakan banglo tersebut sebagai tempat operasi membuat panggilan telefon kepada mangsa dengan menyamar sebagai pegawai pendakwaan Bahagian Siasatan Jenayah Kewangan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment