My Add

Wednesday 16 January 2013

Sistem kewangan Islam perlu dibangun lebih komprehensif - Raja Nazrin

*RAJA Dr. Nazrin Shah (kanan) berkenan merasmikan buku An Introduction to Islamic and Conventional Corporate Finance di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan, Dr. Nik Norzrul Thani. - BERNAMa

KUALA LUMPUR, SELASA, 15 JanUARI, 2013: Sistem kewangan Islam yang semakin berkembang perlu dibangunkan secara lebih komprehensif bagi menampung permintaan pelanggan yang semakin bertambah serta menyaingi sistem kewangan konvensional sedia ada.

Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, walaupun Malaysia bermula baik dalam sistem kewangan Islam, sektor tersebut masih perlu memperkemas instrumen kecairan pasaran kedua bagi mewujudkan keadaan pasaran cekap dan penentuan harga yang tepat.

Selain itu, titah baginda, sektor tersebut juga perlu menawarkan kemudahan tarikh matang hutang lebih panjang untuk muncul sebagai alternatif berdaya maju berbanding sistem kewangan konvensional. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment