My Add

Wednesday 23 January 2013

SPR terima 125 permohonan undi pos luar negara

KUALA LUMPUR, RABU, 23 Januari, 2013: Sebanyak 125 permohonan diterima daripada rakyat Malaysia di luar negara yang ingin mengundi secara pos pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang sehingga pukul 10 pagi ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, setakat tempoh itu, permohonan paling banyak diterima daripada rakyat Malaysia yang berada di Australia diikuti United Kingdom.

"Bagaimanapun kami dapati ada permohonan yang tidak layak mengundi secara pos iaitu mereka tidak mendaftar sebagai pemilih. Ini tidak bolehlah kerana syarat untuk mengundi pos, mereka mesti daftar sebagai pengundi," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment