URB catat pencapaian positif cegah jenayah - Bakri Zinin
KUALA LUMPUR , RABU,23 Januari, 2013: Dalam tempoh sebulan pelaksanaannya, Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Polis Diraja Malaysia merekodkan pencapaian positif dalam mengurangkan jenayah di kawasan panas di empat negeri.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, sejak dilaksana Disember lepas, URB menahan 80 suspek penjenayah iaitu 51 di Selangor, 16 di Kuala Lumpur, Johor (9) dan empat di Pulau Pinang.
"Saya dimaklumkan kes jenayah di kawasan perumahan mencatatkan penurunan sejak pelaksanaan URB," katanya. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment