My Add

Wednesday 2 January 2013

Syabas jangka bekalan air pulih sepenuhnya seminggu

KUALA LUMPUR, RABU, 02 Januari, 2013: Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menjangka bekalan air yang terjejas kepada lebih setengah juta penduduk di 90 kawasan sekitar ibu negara dapat dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh seminggu.

Ketua Pegawai Eksekutif Syabas Datuk Ruslan Hassan berkata kerosakan di dua rumah pam iaitu di Wangsa Maju dan Pudu Hulu Baru dijangka dapat diatasi selewat-lewatnya hari ini tetapi proses penyaluran air ke kawasan terlibat mengambil masa seminggu.

"Proses penyaluran air ke kawasan-kawasan yang terlibat selepas kerja pembaikan dilakukan akan mengambil masa paling cepat seminggu...tempoh masa diperlukan untuk mengisi semula paip-paip dan kolam-kolam yang kosong," katanya pada sidang media di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment