My Add

Wednesday 2 January 2013

Tiada had harga pembelian telefon pintar menggunakan rebat RM200

KUALA LUMPUR, RABU, 02 Januari, 2013: Jemaah Menteri telah bersetuju supaya belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataan di sini memaklumkan, perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementerian tersebut hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment