My Add

Monday 7 January 2013

Takaful serah sumbangan RM15,000 jayakan program `Sayangi Jantung Anda'

KUALA LUMPUR, ISNIN, 07 Januari, 2013: Takaful Malaysia hari ini menyerahkan sumbangan sebanyak RM15,000 bagi menjayakan program kesihatan `Sayangi Jantung Anda' anjuran bersama Briged Sukarelawan Media Prima-The New Straits Times Press (NSTP) dan Institut Jantung Negara (IJN).

Sumbangan itu diserahkan oleh Pengurus Besar Operasi Takaful Malaysia, Nazrul Hisham Abdul Hamid kepada Ketua Komunikasi Korporat NSTP, Wan Abdillah Wan Nawi pada majlis ringkas di Balai Berita, di sini, sebentar tadi.

Program `Sayangi Jantung Anda' itu akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Sri Bukit Pasir pada 12 Januari dan di Sekolah Kebangsaan Bukit Rahmat, Pagoh pada 13 Januari ini.

Nazrul Hisham berkata, pihaknya memuji usaha penganjur dalam mempromosikan objektif mulia dengan menyediakan pemeriksaan perubatan asas dan kardiologi kepada masyarakat di luar bandar yang dikendalikan pakar jantung IJN.

"Sumbangan ini diharap digunakan sepenuhnya untuk menyokong program perubatan ini dan dapat menggalakkan lebih ramai orang menjadi sukarelawan," katanya.

Sementara itu, Wan Abdillah berkata, tajaan Takaful dapat menampung perbelanjaan bagi membawa sukarelawan ke Pagoh untuk menjayakan program berkenaan.

"Orang ramai dijemput untuk membuat pemeriksaan jantung di kedua-dua lokasi berkenaan pada program dua hari itu," katanya.  - BH

No comments:

Post a Comment