My Add

Tuesday 1 January 2013

Terengganu, Pahang hadapi gelombang kedua
KUALA LUMPUR, ISNIN,.31 Disember, 2012: Belum pun reda banjir gelombang pertama, kini dua negeri Pantai Timur kembali dilanda banjir gelombang kedua sehingga menyebabkan lebih 900 penduduk terpaksa dipindahkan.

Di TERENGGANU, 800 mangsa dipindahkan setakat 6 petang ini dengan tiga daerah iaitu Kemaman, Hulu Terengganu dan Dungun membuka kembali pusat pemindahan banjir kerana beberapa kawasan dinaiki air susulan air pasang dan hujan lebat sejak pagi.

Menurut portal banjir negeri, lima pusat pemindahan di Hulu Terengganu menempatkan 599 mangsa, manakala 162 berada di dua pusat di Kemaman dan 39 di satu pusat pemindahan di Dungun.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran negeri (JPS) berkata pada keseluruhannya paras air di bebeapa sungai utama di Terengganu sedang meningkat berikutan hujan lebat.

Berikutan itu, penduduk yang tinggal berdekatan sungai dinasihatkan supaya kembali berwaspada dengan keadaan banjir.

Di PAHANG, gelombang kedua banjir menyebabkan 152 mangsa dipindahkan ke tiga pusat pemindahan di sekitar Kuantan akibat banjir selepas hujan tidak berhenti sejak malam semalam.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), 98 mangsa dari Kampung Galing, Galing Besar dan Taman Sri Kuantan kini ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Galing, manakala sembilan mangsa dari Kampung Sungai Ular dipindahkan ke SK Sungai Ular.

Seramai 45 mangsa dari Kampung Seberang Balok kini berada di Dewan Orang Ramai Balok.

Dua laluan terpaksa ditutup iaitu di Kilometer (KM) 24 Bukit Penggorak-Cherating dan KM18 Jalan Kuantan-Bypass (selepas Balai Bomba Gebeng). UTUSAN

No comments:

Post a Comment