My Add

Monday 21 January 2013

Timbalan Perdana Menteri Thailand meninggal dunia

BANGKOK, ISNIN, 21 Januari, 2013: Timbalan Perdana Menteri Thailand dan Menteri Pelancongan dan Sukan negara itu, Chumpol Silpa-archa meninggal dunia hari ini pada usia 72 tahun selepas dipercayai menghadapi masalah jantung.

Parti Chart Thai Pattana berkata, pemimpin parti itu yang juga ahli kabinet pakatan pemerintah Perdana Menteri Yingluck Shinawatra dimasukkan ke hospital 17 Disember lalu selepas menghadapi masalah bernafas.

“Kami mendapat berita kematiannya pagi tadi. Pihak kami masih belum tahu punca kematian tetapi menjangkakan ia mempunyai kaitan dengan masalah jantung yang dihadapi Chumpol,” kata jurucakap parti Chart Thai Pattana, Vachara Kannikar di sini, hari ini. - AFP

No comments:

Post a Comment