My Add

Tuesday, 29 January 2013

Tindakan Nik Aziz satu sindiran kepada Dewan Ulama Pas

KUALA LUMPUR, ISNIN, 28 Januari, 2013: Kehadiran Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam sambutan hari jadinya yang ke-82 di kediaman Pengerusi DAP, Karpal Singh dilihat sebagai satu sindiran tajam kepada Dewan Ulama Pas berkenaan isu penggunaan kalimah Allah dalam kalangan orang bukan Islam.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, tindakan Nik Abdul Aziz itu sememangnya tamparan hebat kepada Dewan Ulama Pas kerana sebelum ini Karpal merupakan individu yang lantang meminta dikaji semula keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang tidak membenarkan kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam.

"Sikap Nik Abdul Aziz ini seolah-olah menolak pendirian ulama namun itu tidak mengejutkan kerana beliau sebelum ini merupakan individu terawal yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah namun kemudiannya tewas hujah dan terpaksa akur dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment