My Add

Tuesday 29 January 2013

Mahfuz sambut baik pemecatan Nasha

POKOK SENA, ISNIN, 28 Januari, 2013: Pemecatan Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama disambut baik oleh Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang menganggap perkara itu dibuat demi kebaikan parti.

Menurutnya, dia juga menerima serta akur dengan keputusan yang dibuat itu dan baginya pemecatan itu ialah perkara biasa di dalam sesebuah parti.

“Bila seorang itu tidak menunjukkan minat untuk menunaikan tanggungjawab kepada parti, maka tak ada keperluan untuk dikekalkan seseorang itu dalam jawatan yang diamanahkan kepadanya.

“Kalau kita lihat Nasharudin sendiri banyak buat kenyataan-kenyataan dan disiarkan oleh media, dia adalah ahli Majlis Syura tapi dia tak penah hadir Majlis Syura jadi dia tak tau keputusan Majlis Syura.

“Jadi bagi saya tak wajar seorang yang tak hadir mesyuarat buat kenyataan kerana dia tak memahami apa yang diputuskan oleh Majlis Syura," katanya kepada pemberita di Pejabat Pas Pokok Sena, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment