My Add

Monday 21 January 2013

TNB meterai perjanjian bernilai RM2.47 bilion bagi loji tenaga Seberang Prai

KUALA LUMPUR, ISNIN, 21 Januari, 2013: Tenaga Nasional Bhd (TNB) hari ini menandatangani tiga perjanjian bernilai RM2.47 bilion untuk membina loji gabungan tenaga gas turbin di Seberang Prai, Pulau Pinang.

Kontrak yang meliputi perjanjian perkhidmatan jangka panjang, ditandatangani antara TNB Prai Sdn Bhd dan Siemens AG bagi tempoh 20 tahun itu, bernilai RM631 juta.

Yang lain, termasuk kontrak kejuruteraan, pemerolehan, dan pembinaan dengan Samsung Engineering & Construction Malaysia Sdn Bhd selama tiga tahun, bernilai RM1.85 bilion.

Perjanjian ketiga pula ialah antara TNB Prai Sdn Bhd dan TNB REMACO bagi operasi dan penyelenggaraan.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Wira Azman Mohd berkata, projek itu adalah sebahagian daripada pelaburan lima tahun yang membabitkan peruntukan sebanyak RM9.7 bilion bagi membina kapasiti tenaga baru untuk memenuhi permintaan bekalan elektrik negara yang semakin meningkat.

"Loji tenaga itu yang dijadualkan siap pada 2015, akan mematuhi rapi had pelepasan yang ditetapkan oleh Bank Dunia, dengan nilai kecekapan lebih 60 peratus," katanya pada taklimat media selepas menandatangani perjanjian itu hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment