My Add

Monday 21 January 2013

Saya bersedia untuk mati: Tebusan warga Jepun

TOKYO, ISNIN, 21 Januari, 2013: Seorang tebusan warga Jepun yang terselamat dalam serangan bersenjata ke atas loji gas Algeria berkata, terlintas di fikiran beliau akan mati selepas melihat dua rakannya ditembak mati di depannya.

Individu yang enggan namanya didedahkan menceritakan bagaimana penyerang bersenjata mengheretnya dari bilik tahanan, menggarinya dan menembak mati dua tebusan lain yang berdiri bersebelahannya.

Dalam situasi mendebarkan sebelum berjaya melepaskan diri, akhbar tempatan Jepun, Daily Yomiru, berkata rakannya yang lain sudah menaiki sebuah bas ketika serangan itu dilancarkan di Gurun Sahara awal Rabu lalu.

Difahamkan, tujuh pekerja warga Jepun terselamat dalam serangan yang berlarutan sehingga tiga hari itu, yang mana berakhir dengan pertumpahan darah, Sabtu lalu. - AFP

No comments:

Post a Comment