My Add

Friday 11 January 2013

Tunku Aziz cabar Karpal bertemu di mahkamah

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 10 Januari, 2013: Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menegaskan, beliau tidak akan sesekali menarik balik kenyataannya seperti yang tersiar dalam artikel bertajuk DAP's Triumph of Chauvinistic Will (Kejayaan Semangat Cauvinis DAP).

Sebaliknya, beliau mencabar Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk bertemunya di mahkamah.

"Mengapa saya perlu menarik balik kenyataan dalam tulisan saya? Jika perkara tersebut benar, mengapa saya harus tarik balik?

"Saya ingin ungkap pepatah popular Karpal, 'langkah mayat saya dulu' sebelum minta saya tarik balik, kita jumpa sahaja di mahkamah untuk menentukan siapa sebenarnya yang berbohong dalam perkara ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, Karpal mendakwa Tunku Abdul Aziz menuduhnya menghalang ahli DAP daripada menerima darjah kebesaran negeri seperti ditulis dalam artikel yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada 22 Disember tahun lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment