My Add

Tuesday 8 January 2013

Tuntutan palsu: Kontraktor hadapi 6 pertuduhan

SUNGAI PETANI, SELASA, 08 Januari, 2013:Seorang kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan menipu Pejabat Daerah Kuala Muda dengan mengemukakan enam tuntutan palsu berjumlah RM28,000.

Navabsa Ibramshah, 45, dari bandar ini didakwa melakukan lima perbuatan menipu itu di Pejabat Daerah Kuala Muda di sini pada 29 Disember dua tahun lepas dan satu lagi pada 16 Disember tahun sebelum itu.

Tertuduh yang diwakili peguambela, Kuldeep Singh mengaku tidak bersalah ke atas kesemua pertuduhan di hadapan Hakim Khalid Ab Karim manakala Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Feiza Fazlin Fandi melakukan pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, kontraktor berkenaan didakwa mengemukakan enam invois tuntutan mengandungi butir-butir matan palsu kepada Pembantu Tadbir Pejabat Daerah Kuala Muda, R. Razami Majid dengan niat hendak memperdaya pejabat daerah berkenaan.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment